Mari saya kongsikan tips untuk merakam gambar ‘light trail’. Penggunaan shutter speed yang perlahan adalah perlu. Disebabkan shutter speed yang perlahan, tripod adalah peralatan tambahan yang perlu kita bawa.
Membawa tripod adalah satu kelebihan semasa merakam gambar ‘light trail’. Ini bagi mengelakkan gambar yang dirakam bergegar dan kabur.
Tidak kira kita menggunakan kamera DSLR atau kamera kompak, yang penting kamera kita mempunyai fungsi kawalan secara manual (M) atau Shutter Priority. Ini bagi membolehkan kita memilih shutter speed yang perlahan.
photo by pesapakri
Ingat ya, untuk merakam gambar light trail:
1. Gunakan shutter speed yang perlahan.
2. Gunakan tripod untuk gambar yang lebih jelas dan tajam.
3. Gunakan ISO yang rendah untuk menggurangkan noise.
4. Gunakan timer pada kamera atau remote.
5. Pilih lokasi yang menarik dan ada sumber cahaya seperti dari lampu kenderaan.
6. Penggunaan hood untuk lensa akan membantu menggurangkan ‘lens flare’
7. Pilih masa yang sesuai (timing, biasanya malam).
8. Framekan subjek dengan baik.
Gambar-gambar di bawah ini pula adalah contoh yang saya ambil dari sumber internet hasil carian dari Google (bukan gambar yang saya rakam).
0 comments:
Post a Comment